Friday, 17 June 2011

Lebuhraya penantian :)


Suatu waktu dahulu aku ini ibarat pemandu kereta yang tak pernah berhenti. Aku memandu dan terus memandu, mencari penumpang di tepi jalanan lebuh raya kehidupan agar dapat aku pelawa untuk duduk di sebelah. Menemani aku dalam pemanduan aku untuk sampai ke destinasi. Akhirnya aku berhenti di hadapan dia. Aku dapat rasakan dia bakal menjadi teman yang paling tegar untuk aku sama sama berkongsi jalanan dalam jalur yang panjang ni Aku berhenti dan pelawa dia untuk naik kereta yang aku pandu, tapi... Dia tak sudi malah dia tak buka pun pintu kereta tempat duduk penumpang itu. Kebiasaannya, aku akan teruskan pemanduan kembali mencari penumpang lain yang lebih sesuai mungkin. Tapi bezanya kali ini, aku sekadar menghidupkan enjin kereta. Dan aku masih tetap berhenti di hadapan dia. Tanpa berfikir untuk menekan minyak dan berlalu pergi. Beberapa kali aku pernah mencuba, tapi aku kurang kuat. Aku tetap berfikir bahawa suatu hari nanti, dia akhirnya akan sudi mengisi kerusi kosong di sisi aku dan bersetuju untuk menemani aku meneruskan pengembaraan. Aku masih di situ.. Dalam kereta, di hentian yang sama, di hadapan dia menanti dan terus menanti :)

No comments:

Post a Comment