Thursday, 23 June 2011
Cinta :)
Cinta.. Dulu tafsiran aku tentang cinta ialah cinta itu menyatukan dua jiwa, membahagiakan dua hati tapi aku silap. Sekiranya cinta itu membahagiakan, mengapa mesti ada penderitaan disebabkan oleh cinta ? Mengapa mesti ada kekalutan yang disebabkan oleh cinta? Mengapa mesti hati merana kerana cinta? Aku kembali berusaha mencari erti cinta. Aku anggap cinta itu perasaan, satu perasaan yang indah dan suci. Namun, sekiranya cinta itu perasaan yang hadir dengan niat yang suci, mengapa mesti wujudnya cinta yang berlandaskan dendam? Mengapa cinta itu tidak kekal abadi sekiranya ia perasaan indah? Aku teruskan perjuangan untuk mencari makna cinta. Akhirnya, aku anggap cinta ini pengorbanan kerana sekiranya kita bercinta, kita telah rela mengorbankan segala galanya. Kita telah sedia korbankan hati dan jiwa kita untuk dirindui , merindui , disakiti , menyakiti , dikecewakan , mengecewakan , dibahagiakan dan membahagiakan.
Namun aku sendiri tak pasti, apakah itu pengertian cinta yang terakhir bagi aku. Aku harap aku akan lebih mendalami erti cinta sehingga suatu hari nanti aku sendiri merasai apa ertinya cinta <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment