Saturday, 17 September 2011

We are just human being

Dalam dunia ni tak semua apa yang kita impikan jadi kenyataan, tak semua yang kita inginkan dapat, tak semua yang kita harapkan, kita akan capai. Kita cuma manusia hanya mampu berusaha, hanya mampu berdoa dan seterusnya bertawakal. Hidup terlalu singkat untuk fikir perkara yang kadang bagi orang lain is just remeh tapi bagi kita sendiri fikirkan benda tuu paling penting dalam hidup kita. Hari ini kita berteman, hari esok kita keseorangan, hari ini kita gembira, hari esok kita terluka, hari ini kita bertemu, hari esok kita berpisah. Lumrah hidup kita sentiasa ada di atas dan kemudian ada di bawah. Macam roda kan? Yeaa sekejap kita susah, sekejap kita senang, Dunia ini macam satu permainan. Susah kita nak simpulkan, susah kita nak cerakinkan apa dalam dunia ni yang kita mahukan. Kepuasan salah satunya kot :) Cakap pasal cinta, yeaa cinta yang kekal hanya cinta pada Allah. Cukuplah aku punya cinta dari Allah yang satu, aku tak perlukan cinta dari manusia yang penuh dengan kepura puraan. Kita selalu tak menghargai orang yang sayang kita, bila dia dah takda baru kita nak hargai kann. Seriously macam dah takda guna kalau kita baru nak ingat seseorang bila dia dah mula menjauh. ' Jika kekasihmu mengkhianti atau meninggalkanmu, tersenyumlah sebab   orang yang sepatutnya bersedih adalah dirinya kerana kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu sedangkan dia telah kehilangan seseorang yang ikhlas menyintainya.' Sumpah aku tersenyum bila baca benda ni. Tak semestinya dalam hidup ni bila kita kehilangan, kita kehilangan segalanya. Kita masih ada masa depan yang masih belum dicapai. Kita cuma rasa kehilangan, tapi kita masih mampu teruskan hidup kann. Jangan bodoh sangat menangis untuk orang yang kejam musnahkan hidup kita kann, yeaa banyak kali dengar nasihat macam tuu :') Tak perlu rasa takut bila keseorangan, ingatlah kita masih ada Allah yang sentiasa ada untuk kita. Berilah aku keredhaanMu dalam hidupku Ya Allah.

No comments:

Post a Comment